Kek Lapis Betawi | Resepi Kek Betawi

Kek lapis betawi adalah sejenis kek lapis yang berasal dari Indonesia dan juga terkenal di Malaysia sebagai hidangan kek lapis seangkatan dengan kek lapis sarawak. Kek lapis betawi ini adalah kek lapis tradisional indonesia dengan tidak menggunakan ovellete sebagai bahan asas di proses pembuatan.

Kek Lapis Moden & Kek Lapis Tradisional

Untuk makluman semua terdapat dua jenis kek lapis yang terjual di pasaran iaitu kek lapis tradisional yang tidak menggunakan sebarang bahan ovellete. Manakala kek lapis moden pula menggunakan bahan ovellete di dalam proses pembuatan.

Kek lapis betawi adalah sejenis kek lapis tradisional kerana tidak menggunakan sebarang bahan ovellete, manakala kek lapis sarawak pula dikelas sebagai kek lapis moden kerana menggunakan bahan ovellete dalam proses pembuatan. 

Bahan ovellete ini biasa digunakan kerana boleh memberikan tekstur yang lembut dan gebu pada kek lapis moden. Disebabkan itu, amat jarang sekali kek lapis masa kini yang tidak menggunakan bahan ovellete di dalam proses masakan.

Ciri-ciri Kek Lapis Tradisional

Disebabkan banyaknya resepi kek lapis moden menjadikan ramai orang yang kurang mahir dalam membuat resepi kek lapis tradisional. Dengan cara, teknik, dan bahan yang betul kek lapis tradisional juga boleh mempunyai rasa yang sedap tanpa menggunakan bahan pengawet. Antara ciri-ciri kek lapis tradisional adalah seperti berikut: 

  • Kurang mentega.
  • Tidak menggunakan ovalette.
  • Asalnya perisa rempah tapi boleh ditukar perisa lain.
  • Menggunakan kaedah creaming method dan foaming method.
  • Cara membakar, guna api grill @ api atas saja

Resepi Kek Lapis Betawi

Disebabkan kek lapis betawi ini juga dikenali di Malaysia, terdapat beberapa versi resepi yang boleh dicuba untuk menghasilkan kek lapis betawi yang sedap. Di sini kami kongsikan petikan resepi kek lapis betawi daripada pengguna laman sosial FB Noraini Zakaria untuk rujukan anda. Semoga bermanfaat!

Bahan A:

300 gm mentega tulin (Anchor)
150 gm gula kastor
100 gm susu krimer manis
1 sudu teh esen vanila
14 biji kuning telur size A

Bahan B:

7 biji putih telur A
150 gm gula kastor
1/4 sudu teh serbuk krim tartar

Bahan C:

180 gm tepung kek (superfine)
1 sudu teh rempah campuran (mix spices)
1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Sapuan: 

3 sudu besar marjerin + 3 sudu besar susu pekat

Cara Membuat Kek Lapis Betawi

  1. Bahan C diayak dan ketepikan.
  2. Satukan bahan A dan mangkuk pengadun kecuali kuning telur.Putar hingga kembang dan gebu.Masukkan kuning telur sedikit-sedikit dan putar lagi sebati.
  3. Dalam bekas lain,putar bahan B hingga kembang dan kental menjadi meringue.
  4. Masukkan bahan C (tepung) ke dalam bahan A.Gaul sebati.
  5. Masukkan  bahan B (meringue) ke dalam adunan diatas dan gaul sebati perlahan-lahan.
  6. Griskan tin empat segi 8 x8x4 inci.Lapik kertas serap minyak.
  7. Panaskan ketuhar api grill (atas) selama 10 minit.
  8. Ratakan dua senduk adunan.Bakar 7 minit (lebih kurang) hingga keperangan.Keluarkan dan tekan lapisan pertama dengan penekan kek lapis agar lapisan rata.
  9. Sapu permukaan dengan bahan sapuan agar lembab.
  10. Buat lapisan kedua dan seterusnya hingga habis.
  11. Setelah semua adonan masak,tutup tin dengan aluminium foil dan bakar semula 15 minit gunakan api atas dan bawah,agar kek masak dengan rata.

Beli kek lapis betawi dengan harga promo di Shopee, tekan link di bawah:

Koleksi kek betawi : https://shp.ee/jtj7ezr

 

Akhir Kata

Kek betawi ini tidak dinafikan turut mempunyai rasa yang sedap walaupun tidak mempunyai bahan-bahan pengawet yang seperti kek lapis moden. Namun untuk membuat kek lapis ini memerlukan sedikit ilmu pengetahuan agar kek mempunyai tekstur yang lembut dan enak untuk dimakan. Anda juga meminati Kek Lapis Sarawak Paling Sedap

Kek Lapis Sarawak Paling Sedap & Murah

Kek lapis sarawak paling sedap pastinya menjadi carian bagi peminat kek lapis di Malaysia. Ini terbukti dengan naiknya trend kek lapis sarawak sejak tahun 2010 lagi sehingga kini. Barita baiknya, dengan kemajuan jualan dalam talian, kek lapis sarawak kini boleh didapati secara dalam talian shopee sahaja. Di dalam slot kali ini kami kongsikan beberapa kek lapis sarawak paling sedap yang terdapat di Shopee. 

Kek Lapis Sarawak Shopee

Tahukah anda bahawa kek lapis sarawak juga boleh didapat secara dalam talian shopee sahaja. Malahan terdapat banyak jenis variasi kek lapis yang dijual dengan harga murah dan pastinya sedap. Ini boleh dilihat pada review pembeli-pembeli yang lepas dan rating yang diterima setiap kali pembeli menerima item kek lapis mereka.

**Teruskan skroll ke bawah untuk melihat beberapa shop yang menjual kek lapis paling sedap di Shopee 

Resepi Kek Lapis Keju (SPECIAL)

Dengan variasi kek lapis sarawak kini menjadi trend dalam kalangan penjual, antara jenis kek lapis yang paling viral dan mendapat tempat dalam kalangan peminat kek lapis adalah kek lapis keju. Sebuah hantaran daripada Rohaimi Ahmad yang kongsikan resepi kek lapis keju telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian di laman sosial facebook. Resepi nya adalah seperti berikut:

Bahan-bahan

250g cream cheese tatura
350g buttercup
1sk ovellete
1sk esen vanilla
7biji telur gred A
200g gula halus
200g tepung gandum
4sb susu pekat manis
100ml air sejuk

Cara-cara Membuat Kek Lapis Keju

Loyang 7inci
10cup: 10lapisan

Langkah 1
Pukul telur + esen vanilla sehingga kembang. Ketepikan

Langkah 2
a) Dalam bekas adunan lain, masukkan buttercup, gula, cream cheese, ovellete. Pukul sampai kembang.
b) Masukkan susu pekat manis, pukul hingga sebati.
c) Masukkan telur yg telah dipukul tadi, pukul hingga sebati
d) Seterusnya baru masukkan tepung, pukul hingga sebati
e) Kemudian masukan air, pukul hingga sebati.
Adunan siap.

Langkah 3
a) Bahagikan kepada 10 cup sama rata (160g)
b) Saya punya versi original kaler ye. 
c) Lapik loyang dgn baking paper

Langkah 4

Cara bakar:
Lapisan 1-10. Step sama ye. Bubuh setiap 1 cup utk 1 lapisan.

Cup 1: api atas bawah 250c (anggaran 7-8min)

Cup 2: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 3: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 4: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 5: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 6: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 7: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 8: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 9: api atas sahaja 200c (anggaran 7-8min)

Cup 10: api atas sahaja 200c, parut cheese jika suka (anggaran 7-8min)

Koleksi Kek Lapis Serawak Paling Sedap Di Shopee

Nama kedai : Fiskakeklapis

Nama Kedai : Kek Lapis Mira

Nama Kedai : Kratshop569

Nama Kedai : Homieskeklapis

Nama Kedai : Omaralommiju

Nama Kedai : Hzrich

Nama Kedai : Bygreenzfashop

Nama Kedai : Keklapisbywai

Nama Kedai : Q_keklapis

Baca Artikel Berkaitan : Kek Lapis Betawi

Akhir Kata

Sememangnya kek lapis sarawak ini mempunyai tarikan tersendiri daripada luaran yang cantik hinggalah ke rasanya yang enak lagi sedap. Terdapat banyak lagi kek lapis paling sedap yang boleh ditemui, senarai di atas hanyalah antara yang paling laris jualannya di Shopee. Selamat mencuba!

Exit mobile version