Homemade Salted Egg Yolk Krim (Video)

Salted egg yolk juga boleh dijadikan dalam bentuk krim atau sauce. Kelebihan salted egg dalam bentuk krim  ini ialah is mudah digunakan apabila ingin digunakan dalam masakan. Stok salted egg krim boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan selama 3 bulan. Resepi ini adalah sambungan dari Cara Mudah Buat Homemade Salted Egg Yolk (Video). Selamat mencuba!

Bahan yang diperlukan:

  1. Beberapa biji salted egg yolk
  2. Unsalted butter
  3. Krim
  4. Gula perang
  5. Sedikit garam
  6. Serbuk lada (tak letak pon boleh)

Langkah-langkah

  1. Gunakan belakang garfu, penyek salted egg yolk hingga hancur dan menjadi seperti serbuk
  2. Masukkan butter ke dalam kuali, campurkan salted egg yolk yang sudah dipenyek tadi ke dalam butter. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan krim dan gula perang, kacau hingga sebati dan pekat.
  4. Jika perlu masukkan sedikit garam dan serbuk cili untuk penambah rasa.
  5. Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam jar untuk disimpan di dalam peti sejuk

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Kredit Youtube: DIY Cheese Powder

Scroll to Top