resepi ikan dori telur masin

Resepi Ikan Dori Telur Masin Guna Air Fryer (Gambar)

Tidak dinafikan sejak viral dengan lambakan produk ikan dori di pasaran masa kini menjadikan ikan dori mentah mula di cari oleh warha netizen. Terbaru menerusi satu hantaran di facebook group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkenaan homemade resepi ikan dori telur masin telah mendapat ratusan like dan share di FB. 

Resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Uwan Nolly Epin ini adalah resepi ikan dori sendiri yang dimasak menggunakan air fryer. Tambahan, dengan memasak sendiri ikan dori ini ia lebih jimat dan perisanya juga boleh ubah bergantung citrasa sendiri. 

Uwan Nolly Epin juga turut memberi tips resepi ikan dori telur masin, bagi mengelakkan kulit ikan dori ini berbau hangir dan enak dimakan. Tipsnya adalah kulit ikan dori yang baru dibeli hendaklah dibersihkan terlebih dahulu, lalu digaul dengan tepung dan air perahan 2 biji limau nipis untuk diperam selama 10 minit. 

resepi ikan dori telur masin

kulit ikan dori yang diperap dengan tepung dan limau nipis untuk menghilang bau hangir

resepi ikan dori telur masin

Dimasak menggunakan Air Fryer 

resepi ikan dori telur masin

Kulit ikan dori yang siap dimasak tetapi belum dicampur bersama perisa

resepi ikan dori telur masin

Ikan dori siap digaul bersama serbuk perisa telur masin

Siap, boleh disimpan di dalam bekas untuk makan ringan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan bahan-bahan resepi di atas anda boleh dapatkan secara dalam talian shopee. link bahan-bahan seperti berikut:

Air Fryer: https://shp.ee/rq6b4cz
Produk dory skin: https://shp.ee/g6ytwkr

Scroll to Top
Scroll to Top