Resepi Kulit Ikan Salmon Rangup (Video) | Mudah & Ringkas

Selain dory skin, kulit ikan salmon juga adalah antara hidangan makanan yang digemari ramai. Namun, sebenarnya untuk membuat kulit ikan salmon rangup bukanlah suatu yang susah. Resepi kulit ikan salmon ini sangat mudah & ringkas sesuai untuk dihidang untuk seisi keluarga.

Bahan yang diperlukan untuk membuat kulit ikan salmon rangup adalah:

  1. Kulit ikan salmon, kulit ikan yang telah dibuang isi
  2. Tepung jagung
  3. Salt & paper
  4. Minyak untuk deep fry

Langkah-langkah

  1. Keringkan kulit ikan salmon agar betul-betul kering dan tiada air
  2. Gaulkan kulit ikan salmon tadi dengan tepung jagung hingga rata seluruh kulit
  3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan kulit ikan dory
  4. Masukkan kulit ikan salmon yang disalut dengan tepung jagung tadi ke dalam kualit
  5. Goreng hingga keemasan dan tekstur rangup
  6. Angkat dan siap dihidang

*tips

Untuk keringkan kulit ikan salmon, anda boleh masukkan kulit ikan ke dalam avon dalam beberapa minit. Selain menggunakan minyak (deep fry), anda juga boleh menggunakan avon untuk memasak kulit ikan hingga rangup.

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Scroll to Top