Isi Kandungan
Pisang salai adalah antara makanan tradisi rumpun melayu terutamanya di selatan negeri Malaysia. Bagi di Indonesia, makanan ini dikenali sebagai pisang salai bandung @ pisang sale yang popular di daerah bandung indonesia. Jika dilihat dari segi bentuk luaran pisang salai ini pastinya mempunyai beberapa perbezaan yang unik dan yang penting mestilah sedap dan enak untuk dimakan.
Pisang salai bandung ini sangat popular kerana ia mempunyai keunikan tesktur yang crispy tapi lembut. Berbanding pisang salai tempatan yang keras tetapi masih lagi rangup untuk dimakan. Disebabkan pisang salai bandung mempunyai tekstur yang lembut, maka terdapat juga variasi perisa yang dicampur bersama coklat untuk memberikan lebih rasa sedapnya.
Pisang salai bandung, Kredit Food Detik
Cara Membuat Pisang Salai
Untuk membuat pisang salai tidaklah semudah yang disangka, ini kerana hanya jenis pisang tertentu sahaja yang boleh digunakan untuk membuat pisang salai ini. Terdapat tiga jenis pisang salai yang boleh digunakan iaitu:
- Pisang kapas
- Pisang emas
- Pisang berangan
- Pisang raja
Pisang-pisang ini akan dihiris nipis dan disalai untuk mengurangkan jumlah cairan yang terdapat di dalamnya, ini akan menyebabkan pisang yang disalai lebih tahan lama dan ranggup untuk dimakan.
Selain dihiris, pisang boleh juga dimampatkan agar menjadi lepir sebelum dikeringkan. Cara ini sering digunakan dalam membuat pisang salai bandung untuk menghasilkan pisang salai yang bersaiz besar dan lebih rangup.
Untuk proses salai, anda boleh sahaja menggunakan ketuhar yang ada di rumah anda. Tujuan utama salai ini adalah untuk mengeringkan kandungan cecair yang ada di dalam pisang tersebut. Selepas proses salai ini pisang boleh digunakan untuk proses seterusnya iaitu digoreng dengan salutan tepung dan bahan-bahan yang lain.
Beli Pisang Salai Bandung Di Shopee
Jika anda ingin menikmati pisang salai bandung dengan harga yang berpatutan tanpa perlu melancong ke Bandung, kini terdapat penjual di Shopee yang menjual pisang salai jenis bandung ini dan boleh dipos ke seluruh Malaysia.
Pastikan anda memilih penjual yang mempunyai rating dan review baik sahaja sebelum membuat sebarang pembelian. Link promo shopee terdapat di hujung artikel ini.
Koleksi seller di Shopee
Banana Salai Crispy
Anda boleh mendapatkan pisang salai secara borong di shopee, tetapi anda boleh juga mendapatkan produk pisang salai bandung yang siap untuk dimakan begitu sahaja.
Terkini terdapat satu produk popular yang memenuhi pasaran pisang salai iaitu banana salai crispy. Yang pastinya produk pisang salai ini mempunyai keunikan pada tekstur yang rangup @ crispy dan menjadikan ia kegilaan ramai sekarang.
Link promo Shopee : https://shp.ee/k86vbxn
Link Banana Salai Crispy : https://shp.ee/7phy7ys
Akhir Kata
Pisang salai bandung ternyata mempunyai keunikan tekstur yang tersendiri yang tersendiri yang menjadikan ia popular sehingga kini. Malah untuk membuatnya di rumah tidaklah terlalu sukar cuma yang penting pastikan anda mempunyai pisang yang sesuai dan masak untuk disalai. Baca artikel berkaitan Susu Pisang Korea Halal
No related posts.