Kuih Kapit Coklat

Kuih Kapit Coklat | Cara Buat Kuih Kapit

Kuih kapit coklat adalah makanan yang digemari oleh warganet masa kini, ia berasal daripada sejenis kuih kapit yang popular sebagai makanan tradisi orang melayu di Malaysia. Dengan peredaran zaman kini wujud pula kuih kapit yang disalut dengan inti coklat dan mentega kacang @ peanut butter.

Kuih Kapit Coklat

Disebabkan popularnya kuih kapit coklat dan kacang mentega ini maka wujudnya banyak produk kuih kapit yang dijual di pasaran. Pastinya keunikan kuih kapit ini adalah apabila ia mempunyai isi inti coklat yang tebal dan diperbuat dari coklat yang bagus dan berkualiti tinggi.

Jika anda ingin membeli kuih kapit coklat, anda boleh dapatkan kuih kapit coklat dan mentega kacang ini dengan harga murah di Shopee. Di shopee sahaja terdapat banyak kuih kapit dengan pelbagai perisa untuk citarasa anda.

**Link Promo Shopee terdapat di hujung artikel ini.  

Resepi Kuih Kapit Coklat @ Mentega Kacang

Kuih kapit berinti coklat ini pastinya menjadi kegemaran para peminat coklat terutamanya kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, kini anda boleh juga membuat sendiri kuih kapit ini untuk dijadikan menu makanan keluarga di waktu lapang.

Berita baiknya, untuk menghasilkan kuih kapit tidaklah sukar kerana sekarang ramai yang menggunakan bantuan mesin acuan @ kuih kapit maker yang dijual di pasaran dengan harga bawah RM100 sahaja.

Cara Buat Kuih Kapit Coklat

Dibawah ini kami kongsikan beberapa resepi kuih kapit yang popular dalam kalangan warganet. Resepi ini adalah perkongsian di FB dan telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian. Baca hingga habis ya..

Kuih Kapit Coklat

Bahan- Bahan:

4 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 setengah cawan gula
1 sudut teh esen vanilla
Secubit garam
2 cawan santan

Coklat Nutella secukupnya | dimasukkan dalam piping plastik

Cara Memasak :

  1. Pukul telur dan gula sampai putih
  2. Masukkan vanila dan garam
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  4. Masukkan santan dan sebatikan.
  5. Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.
  6. Masukkan inti atau filling ke dalam piping beg
  7. Bila kuih kapit masak, picitkan inti diatasnya ( rujuk gambar)
  8. Dan akhir sekali lipat

Bila sudah sejuk, paipkan pula inti dibahagian tepi kuih sepit untuk inti kelihatan penuh. Siap, selamat mencuba.

Kredit Rasa

Resepi Kuih Kapit Acuan Trio

Bahan :

200 g tepung gandum
80 gm tepung beras
5 biji telur
2 sudu besar minyak masak.
1 kotak kecil santan ( 200 ml )
3/4 cawan gula castor
500ml air @ secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan hiasan – Mentega kacang , nutella atau jem strawberi.

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan dan kisar menggunakan blender sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan sebentar menggunakan senduk kecil dan ratakan.
  3. Tutup acuan. Biarkan sehingga masak dan agak garing.
  4. Kuih kapit yg telah masak dikeluarkan dari mould, disapu dengan inti pilihan anda dan segera dilipat. Susun dan simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Saya buat versi kosong je tak ada inti

Link Promo Shopee

Kuih Kapit Online : https://shp.ee/f9x95nx

Mesin Acuan Kuih Kapit @ Kuih kapit Maker : https://shp.ee/xcusvpf

Akhir Kata

Kuih Kapit inti coklat sudah pasti menjadi tarikan bagi kanak-kanak di rumah, jika anda suri rumah yang rajin mencuba resepi baru, tidak salah menjadikan kuih kapit coklat @ mentega kacang ini sebagai makanan ringan di waktu lapang. Selain itu, anda boleh juga mencuba untuk menjual kuih kapit versi anda pula..selamat mencuba!

Scroll to Top
Scroll to Top