Dory Rangup Salted Egg Abebite

Resepi Dory Skin Salted Egg (Video)

Sejak viral kerepek rangup dory skin makin banyak yang mencuba untuk membuat sendiri. Jadi di sini saya sertakan resepi yang boleh dijadikan rujukan untuk membuat homemade kulit ikan dory.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk dory skin secara terus, anda boleh dapatkan brand seperti dorylicious. Jom teruskan resepi dory skin salted egg.

Bahan-bahan:
✔ Kulit Ikan Dori
✔ Tepung Goreng
✔ Daun Kari
✔ Butter
✔ Cili Kering
✔ Paste Telur Masih (Salted Egg Paste)

Cara-cara;
1) Potong Kulit Ikan Dori mengikut saiz yang diinginkan
2) Salut dengan tepung goreng. Goreng (Deep Fry) hingga keemasan
3) Kemudian, goreng cili kering dan daun kari sehingga garing
4) Cairkan butter, masukkan paste telur masin (salted egg paste). Kacau hingga masak dan sebati.
5) Akhir sekali, gaul kulit ikan dori yang dah siap digoreng dengan salted egg paste tadi. Dan tabur daun kari serta cili kering.

Siap dan selamat mencuba!

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Scroll to Top