Cara Mudah Buat Homemade Salted Egg Yolk (Video)

Tidak dinafikan salted egg yolk banyak digunakan di dalam masakan masa kini. Salted egg yolk ini boleh didapai dalam bentuk telur kuning (egg yolk), serbuk, dan guna krim. Di dalam artikel ini akan kongsikan cara-cara untuk membuat salted egg yolk dengan hanya menggunakan telur dan garam sahaja, sangat mudah

Bahan yang diperlukan

  1. Telur ayam
  2. Garam
  3. Air kosong

*tips: gunakan telur itik untuk menghasilkan telur salted egg yang lebih besar. Namun boleh juga menggunakan mana-mana telur.

Langkah-langkah

  1. Pecahkan telur dan asingkan telur kuning, pastikan telur kuning dalam keadaan baik untuk menghasilkan salted egg yang cantik
  2. Ambil garam dan letakkan di dalam bekas. Buat lubang separa dalam untuk memasukkan telur kuning tadi.
  3. Masukkan telur kuning tadi ke dalam lubang separa di dalam bekas garam tadi.
  4. Kampus bahagian atas telur masin tadi hingga tenggelam
  5. Sapukan sedikit air di atas telur kuning bagi memastikan garam meresap ke dalam telur kuning.
  6. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk 3 ke 4 hari.
  7. Selepas 4 hari, gunakan sudu untuk mengangkat telur masin keluar dari garam tadi. Bersihkan dan siap.

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Kredit Youtube: Jessys Cooking

Scroll to Top
Scroll to Top