Resepi Dory Fillet Goreng | Rangup & Sedap!

Selain kulit ikan dory, isi ikan dory juga enak dijadikan sebagai fillet goreng. Ikan dory ini juga adalah ikan tergolong dalam ikan isi putih (white meat fish) yang lembut dan sedap apabila digoreng. Berikut adalah resepi dory fillet goreng, selamat mencuba!

Bahan yang diperlukan

  1. Fillet ikan dory
  2. Tepung goreng
  3. Serbuk cili
  4. Garam dan pepper
  5. Telur

Langkah-langkah

  1. Sediakan fillet ikan dory, bersihkan
  2. Campurkan tepung goreng, garam dan peper gaul hingga sebati
  3. Masukkan serbuk cili jika ingin rasa spicy, gaul hingga rata dan sebati
  4. Pecahkan telur dan kacau.
  5. Salut fillet ikan dory dengan tepung, kemudian salut fillet ikan dory tadi dengan tepung goreng pula. Biarkan fillet disalut tepung hingga rata
  6. Panaskan minyak, minyak hendaklah banyak untuk deep fry fillet tadi
  7. Masukkan fillet yang telah disalut tadi dan goreng hingga keemasan.
  8. Angkat dan keringkan fillet goreng tadi dan boleh dihidang

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Scroll to Top