Kuih Kapit Coklat | Cara Buat Kuih Kapit

Kuih kapit coklat adalah makanan yang digemari oleh warganet masa kini, ia berasal daripada sejenis kuih kapit yang popular sebagai makanan tradisi orang melayu di Malaysia. Dengan peredaran zaman kini wujud pula kuih kapit yang disalut dengan inti coklat dan mentega kacang @ peanut butter.

Disebabkan popularnya kuih kapit coklat dan kacang mentega ini maka wujudnya banyak produk kuih kapit yang dijual di pasaran. Pastinya keunikan kuih kapit ini adalah apabila ia mempunyai isi inti coklat yang tebal dan diperbuat dari coklat yang bagus dan berkualiti tinggi.

Jika anda ingin membeli kuih kapit coklat, anda boleh dapatkan kuih kapit coklat dan mentega kacang ini dengan harga murah di Shopee. Di shopee sahaja terdapat banyak kuih kapit dengan pelbagai perisa untuk citarasa anda.

**Link Promo Shopee terdapat di hujung artikel ini.  

Resepi Kuih Kapit Coklat @ Mentega Kacang

Kuih kapit berinti coklat ini pastinya menjadi kegemaran para peminat coklat terutamanya kanak-kanak dan remaja. Oleh itu, kini anda boleh juga membuat sendiri kuih kapit ini untuk dijadikan menu makanan keluarga di waktu lapang.

Berita baiknya, untuk menghasilkan kuih kapit tidaklah sukar kerana sekarang ramai yang menggunakan bantuan mesin acuan @ kuih kapit maker yang dijual di pasaran dengan harga bawah RM100 sahaja.

Cara Buat Kuih Kapit Coklat

Dibawah ini kami kongsikan beberapa resepi kuih kapit yang popular dalam kalangan warganet. Resepi ini adalah perkongsian di FB dan telah mendapat ratusan tanda suka dan perkongsian. Baca hingga habis ya..

Kuih Kapit Coklat

Bahan- Bahan:

4 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 setengah cawan gula
1 sudut teh esen vanilla
Secubit garam
2 cawan santan

Coklat Nutella secukupnya | dimasukkan dalam piping plastik

Cara Memasak :

  1. Pukul telur dan gula sampai putih
  2. Masukkan vanila dan garam
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai sebati.
  4. Masukkan santan dan sebatikan.
  5. Letak sesudu dalam acuan dan sepit sehingga masak.
  6. Masukkan inti atau filling ke dalam piping beg
  7. Bila kuih kapit masak, picitkan inti diatasnya ( rujuk gambar)
  8. Dan akhir sekali lipat

Bila sudah sejuk, paipkan pula inti dibahagian tepi kuih sepit untuk inti kelihatan penuh. Siap, selamat mencuba.

Kredit Rasa

Resepi Kuih Kapit Acuan Trio

Bahan :

200 g tepung gandum
80 gm tepung beras
5 biji telur
2 sudu besar minyak masak.
1 kotak kecil santan ( 200 ml )
3/4 cawan gula castor
500ml air @ secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan hiasan – Mentega kacang , nutella atau jem strawberi.

Cara Penyediaan :

  1. Satukan semua bahan dan kisar menggunakan blender sehingga semua bahan sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan sebentar menggunakan senduk kecil dan ratakan.
  3. Tutup acuan. Biarkan sehingga masak dan agak garing.
  4. Kuih kapit yg telah masak dikeluarkan dari mould, disapu dengan inti pilihan anda dan segera dilipat. Susun dan simpan dalam bekas kedap udara.
  5. Saya buat versi kosong je tak ada inti

Link Promo Shopee

Kuih Kapit Online : https://shp.ee/f9x95nx

Mesin Acuan Kuih Kapit @ Kuih kapit Maker : https://shp.ee/xcusvpf

Akhir Kata

Kuih Kapit inti coklat sudah pasti menjadi tarikan bagi kanak-kanak di rumah, jika anda suri rumah yang rajin mencuba resepi baru, tidak salah menjadikan kuih kapit coklat @ mentega kacang ini sebagai makanan ringan di waktu lapang. Selain itu, anda boleh juga mencuba untuk menjual kuih kapit versi anda pula..selamat mencuba!

Resepi Ikan Dori Telur Masin Guna Air Fryer (Gambar)

Tidak dinafikan sejak viral dengan lambakan produk ikan dori di pasaran masa kini menjadikan ikan dori mentah mula di cari oleh warha netizen. Terbaru menerusi satu hantaran di facebook group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) berkenaan homemade resepi ikan dori telur masin telah mendapat ratusan like dan share di FB. 

Resepi yang dikongsikan oleh pemilik akaun facebook Uwan Nolly Epin ini adalah resepi ikan dori sendiri yang dimasak menggunakan air fryer. Tambahan, dengan memasak sendiri ikan dori ini ia lebih jimat dan perisanya juga boleh ubah bergantung citrasa sendiri. 

Uwan Nolly Epin juga turut memberi tips resepi ikan dori telur masin, bagi mengelakkan kulit ikan dori ini berbau hangir dan enak dimakan. Tipsnya adalah kulit ikan dori yang baru dibeli hendaklah dibersihkan terlebih dahulu, lalu digaul dengan tepung dan air perahan 2 biji limau nipis untuk diperam selama 10 minit. 

kulit ikan dori yang diperap dengan tepung dan limau nipis untuk menghilang bau hangir

Dimasak menggunakan Air Fryer 

Kulit ikan dori yang siap dimasak tetapi belum dicampur bersama perisa

Ikan dori siap digaul bersama serbuk perisa telur masin

Siap, boleh disimpan di dalam bekas untuk makan ringan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan bahan-bahan resepi di atas anda boleh dapatkan secara dalam talian shopee. link bahan-bahan seperti berikut:

Air Fryer: https://shp.ee/rq6b4cz
Produk dory skin: https://shp.ee/g6ytwkr

Resepi Dory Fillet Goreng | Rangup & Sedap!

Selain kulit ikan dory, isi ikan dory juga enak dijadikan sebagai fillet goreng. Ikan dory ini juga adalah ikan tergolong dalam ikan isi putih (white meat fish) yang lembut dan sedap apabila digoreng. Berikut adalah resepi dory fillet goreng, selamat mencuba!

Bahan yang diperlukan

  1. Fillet ikan dory
  2. Tepung goreng
  3. Serbuk cili
  4. Garam dan pepper
  5. Telur

Langkah-langkah

  1. Sediakan fillet ikan dory, bersihkan
  2. Campurkan tepung goreng, garam dan peper gaul hingga sebati
  3. Masukkan serbuk cili jika ingin rasa spicy, gaul hingga rata dan sebati
  4. Pecahkan telur dan kacau.
  5. Salut fillet ikan dory dengan tepung, kemudian salut fillet ikan dory tadi dengan tepung goreng pula. Biarkan fillet disalut tepung hingga rata
  6. Panaskan minyak, minyak hendaklah banyak untuk deep fry fillet tadi
  7. Masukkan fillet yang telah disalut tadi dan goreng hingga keemasan.
  8. Angkat dan keringkan fillet goreng tadi dan boleh dihidang

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Resepi Ikan Dori Bakar

Ikan dory adalah ikan yang makin dikenali ramai kini, ini disebabkan trend viral makanan berasaskan kulit ikan dory, dory skin yang viral. Tahukah anda bahawa ikan dory ini juga boleh dimasak dan dihidang untuk seisi keluarga. Ikuti resepi mudah ikan dory bakar.

Bahan-bahan 

  1. Seekor ikan dory
  2. Setengah kilo tomato
  3. Bawang putih
  4. Bawang besar
  5. Garam dan pepper
  6. 3 sudu besar minyak zaiton
  7. 1 biji lemon

Langkah-langkah

  1. Bersihkan ikan dory
  2. Tuang minyak zaiton ke dalam trail oven
  3. Masukkan tomato yang telah dihiris halus, bawang putih, bawang besar, gaul hingga sebati
  4. Lumurkan garam dan pepper ke pada iakn dory.
  5. Letakkan ikan dory tadi di atas tomato, bawang putih dan bawang besar tadi.
  6. Potong lemon halus-halus dan letakkan di dalam trail oven bersama-sama ikan dory
  7. Masukkan ke dalam oven dan tunggu hingga masak, dan siap dihidang

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Cara Buat Cheese Powder Homemade Mudah (Video)

Tidak dinafikan cheesa adalah satu makanan yang viral buat masa kini. Malah makin banyak resepi-resepi cheese yang wujud dan menjadi trend. Tapi tahukan anda bahawa anda boleh membuat serbuk cheese sendiri di rumah? Di dalam artikel kangsikan cara-cara membuat serbuk cheese homemade dengan menggunakan food dehydrator.

Bahan yang diperlukan

  1. Cheese block
  2. Food dehydrator
  3. Pengisar cheese
  4. Blender

Langkah-langkah

  1. Gunakan cheese block dan kisar hingga menghasil cheese yang nipis dan halus. Ini bagi memastikan cheese akan cepat kering apabila di dalam food dehydrator nanti.
  2. Letakkan di atas lampiran food dehydrator, kalau boleh letak asing-asing dan membulat kecil bagi memudahkan untuk dikisar di dalam blender nanti.
  3. On food dehydrator dan biarkan selama 8 ke 12 jam, fungsi food dehydrator akan mengeringkan sebarang cecair yang berada di dalam cheese tadi.
  4. Selesai proses pengeringan, blender kesemua cheese tadi menggunakan blender hingga menjadi serbuk. 
  5. Masukkan sedikit tepung jagung, dan boleh disimpan di dalam bekas kedap udara.

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Kredit Youtube: DIY Cheese Powder

Homemade Salted Egg Yolk Krim (Video)

Salted egg yolk juga boleh dijadikan dalam bentuk krim atau sauce. Kelebihan salted egg dalam bentuk krim  ini ialah is mudah digunakan apabila ingin digunakan dalam masakan. Stok salted egg krim boleh disimpan di dalam peti sejuk dan tahan selama 3 bulan. Resepi ini adalah sambungan dari Cara Mudah Buat Homemade Salted Egg Yolk (Video). Selamat mencuba!

Bahan yang diperlukan:

  1. Beberapa biji salted egg yolk
  2. Unsalted butter
  3. Krim
  4. Gula perang
  5. Sedikit garam
  6. Serbuk lada (tak letak pon boleh)

Langkah-langkah

  1. Gunakan belakang garfu, penyek salted egg yolk hingga hancur dan menjadi seperti serbuk
  2. Masukkan butter ke dalam kuali, campurkan salted egg yolk yang sudah dipenyek tadi ke dalam butter. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan krim dan gula perang, kacau hingga sebati dan pekat.
  4. Jika perlu masukkan sedikit garam dan serbuk cili untuk penambah rasa.
  5. Tunggu hingga sejuk, masukkan ke dalam jar untuk disimpan di dalam peti sejuk

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Kredit Youtube: DIY Cheese Powder

Cara Mudah Buat Homemade Salted Egg Yolk (Video)

Tidak dinafikan salted egg yolk banyak digunakan di dalam masakan masa kini. Salted egg yolk ini boleh didapai dalam bentuk telur kuning (egg yolk), serbuk, dan guna krim. Di dalam artikel ini akan kongsikan cara-cara untuk membuat salted egg yolk dengan hanya menggunakan telur dan garam sahaja, sangat mudah

Bahan yang diperlukan

  1. Telur ayam
  2. Garam
  3. Air kosong

*tips: gunakan telur itik untuk menghasilkan telur salted egg yang lebih besar. Namun boleh juga menggunakan mana-mana telur.

Langkah-langkah

  1. Pecahkan telur dan asingkan telur kuning, pastikan telur kuning dalam keadaan baik untuk menghasilkan salted egg yang cantik
  2. Ambil garam dan letakkan di dalam bekas. Buat lubang separa dalam untuk memasukkan telur kuning tadi.
  3. Masukkan telur kuning tadi ke dalam lubang separa di dalam bekas garam tadi.
  4. Kampus bahagian atas telur masin tadi hingga tenggelam
  5. Sapukan sedikit air di atas telur kuning bagi memastikan garam meresap ke dalam telur kuning.
  6. Tutup bekas dan simpan di dalam peti sejuk 3 ke 4 hari.
  7. Selepas 4 hari, gunakan sudu untuk mengangkat telur masin keluar dari garam tadi. Bersihkan dan siap.

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Kredit Youtube: Jessys Cooking

Resepi Kulit Ikan Salmon Rangup (Video) | Mudah & Ringkas

Selain dory skin, kulit ikan salmon juga adalah antara hidangan makanan yang digemari ramai. Namun, sebenarnya untuk membuat kulit ikan salmon rangup bukanlah suatu yang susah. Resepi kulit ikan salmon ini sangat mudah & ringkas sesuai untuk dihidang untuk seisi keluarga.

Bahan yang diperlukan untuk membuat kulit ikan salmon rangup adalah:

  1. Kulit ikan salmon, kulit ikan yang telah dibuang isi
  2. Tepung jagung
  3. Salt & paper
  4. Minyak untuk deep fry

Langkah-langkah

  1. Keringkan kulit ikan salmon agar betul-betul kering dan tiada air
  2. Gaulkan kulit ikan salmon tadi dengan tepung jagung hingga rata seluruh kulit
  3. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan kulit ikan dory
  4. Masukkan kulit ikan salmon yang disalut dengan tepung jagung tadi ke dalam kualit
  5. Goreng hingga keemasan dan tekstur rangup
  6. Angkat dan siap dihidang

*tips

Untuk keringkan kulit ikan salmon, anda boleh masukkan kulit ikan ke dalam avon dalam beberapa minit. Selain menggunakan minyak (deep fry), anda juga boleh menggunakan avon untuk memasak kulit ikan hingga rangup.

Berminat untuk dapatkan Dory Skin? anda boleh terus tekan link Promo Shopee di sini : https://shp.ee/k25yg3d

Exit mobile version